Kesalahan menghasut Syed_Azidi_Syed_Abdul_Aziz

Beliau didakwa di atas kesalahan menghasut rakyat Malaysia pada 23 Ogos 2008 agar mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik ketika menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos sebagai tanda protes kepada kerajaan. 3 pegawai polis Bukit Aman bertindak merampas komputer riba ketika beliau berada di rumah bersama isterinya Bariah Ishak. Waran tangkap tidak ditunjukkan ketika 3 polis berpakaian preman ke rumahnya. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Amir Hamzah Ibrahim menjelaskan bahawa siasatan tersebut dikendalikan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.Siasat ini berikutan satu laporan di Balai Polis Dang Wangi bahawa beliau telah menghasut agar Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik menjelang 31 Ogos 2008. [1]Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan Syed Azidi ditahan dibawah Akta Hasutan Seksyen 4(1). Kesalahan menghasut boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.